Sabtu, 09 Desember 2017


Pasangan Fattzura rasanya boleh dikatakan "Couple of The Year" kerana sejak hari pernikahan pasangan tersebut sering mencuri lensa kamera baik peminat mahupun media tempatan. 

Para peminat masih lagi tertanya bagaimanakah caranya Fattah Amin melamar sehingga Fazura berkata YA!

Baru-baru ini viral sebuah video mengenai pasangan ini ketika di sebuah majlis yang diadakan di Singapura. Apa yang menarik ialah mereka berkongsi detik-detik perkenalan mereka. 

Pasangan tersebut juga sempat melakonkan semula detik-detik bersejarah dalam hidup mereka yang tidak dapat dilupakan. 

Fattah bercerita bagaimana Fazura mengusiknyadi set pengambaran pertama kali mereka bertentang mata dan mengajaknya untuk berkahwin.

"First line Fazura ketika itu ialah 'handsome lah awak ni..jom kahwin! Can you imagine yang betul-betul sekarang kita berkahwin. Saya yang gementar waktu itu" kata Fattah lagi. 


Pada mulanya Fattah enggan membuka cerita dan hanya ingin berkongsi video lamarannya di majlis persandingan mereka namun Fazura berlembut hati dan berkongsi saat indah ketika Fattah melamarnya. 

Menurut Fazura, Fattah telah melamarnya di sebuah restoran mewah selepas menerima 500 jambangan bunga dari Fattah Amin yang pernah mencipta satu kontroversi ketika dulu. 

Tambah Fazura lagi, Fattah turut melutut dan meminta dia menjadi isterinya. Ketika itulah Fazura memandang mata Fattah dan melihat masa depannya bersama Fattah. Bersemut sungguh! 


This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post