Senin, 18 Desember 2017


Siapa pernah tengok rancangan prank di luar negara yang kebanyakannya melampau dan kasar, seperti the Jalal Brothers dan banyak lagi?

Nampaknya budaya seperti tu dah mula menular di Malaysia apabila ada pihak dilihat cuba meniru aksi-aksi yang disifatkan sebagai tak bertamadun itu.

Terbaru, sebuah video yang pernah menjadi viral  dimuat naik ke satu grup laman sosial Facebook kembali menjadi vilar, menyaksikan sekumpulan remaja dalam lingkungan belasan tahun bertindak memukul kepala pengemis tua yang tak bersalah.

Kurang ajar! Sudahlah mereka lari selepas sekeh kepala pakcik tersebut, tergamak pula bergelak sakan seolah-olah benda tu gurauan biasa buat mereka. Alahai dik, dah tak ada kerja lain ke? Tak matanglah begitu.

Setakat ini lokasi kejadian masih lagi belum dikenal pasti. Jom tengok video tu di bawah:


Video itu mendapat reaksi negatif dari para netizen, rata-ratanya mengecam perbuatan yang tak bermoral itu. Ramai yang mahu sekumpulan remaja ini diberkas dan diberi hukuman yang setimpal.


Bayangkanlah kalau yang jadi mangsa tu ahli keluarga kita sendiri, apa yang anda akan lakukan. Semakin teruk ke akhlak generasi muda kita kini?

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post