Jumat, 08 Desember 2017


Semalam, pelawak terkenal Abam Bocey telah pun menamatkan zaman bujangnya dengan pilihan hatinya iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali. Tahniah diucapkan kepada Abam!

Namun, terdapat segelintir netizen yang tidak berpuas hati dan menuduh isteri kepada Abam Bocey kerana harta dan populariti. 

Hidayah, 25, menafikan dakwaan netizen itu dan menjelaskan dia menerima Abam sebagai suami kerana sifat peramah Abam yang dikenali sejak empat tahun lalu. 

"Dia seorang yang peramah dan merendah diri. Sikap Abam yang bertanggungjawab turut memikat hati saya"

"Saya dah kenal Abam empat tahun lalu jadi saya nafikan kata-kata orang saya pilih Abam sebab harta dan populariti" jelas Hidayah lagi.


Menurut Abam pula, dia mengakui terasa hati dengan komen negatif yang dilemparkan kepada isterinya itu. Namun dia tidak mahu melayan kata-kata netizen. 

"Sejujurnya, terasa hati juga bila dengar orang kata begitu. Tapi tak apalah, biarlah orang nak cakap apa pun.

"Lebih ramai yang menyokong perkahwinan saya ini berbanding yang berkata buruk. Jadi saya fikir tak perlulah nak ambil kisah sangat tentang hal itu."

"Yang penting hubungan ini direstui keluarga dan doakan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat," ujarnya.

Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 29, bergelar suami dengan sekali lafaz. - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post