Dr. Sheikh Muszaphar antara figura yang bukan saja dikenali di Malaysia malah seluruh dunia. Bukan saja dikenali sebagai Angkasawan Negara yang pertama, malah dia merupakan Orthopaedic Surgeon Malaysia.
Mendirikan rumah tangga bersama seorang doktor juga iaitu Dr. Halina, pasti pasangan ini memiliki anak-anak yang bijak seperti ibu bapa mereka.
Jika anda mengikuti Instagram Dr. Sheikh Muszaphar, dia sangat suka kongsikan video dan kaedah pendidikan awal yang diamalkan untuk kedua-dua puterinya, Bella dan Tasha.
Baru-baru ini, anak sulungnya iaitu Tasha memasuki darjah satu dan Dr Sheikh memilih untuk menghantar anaknya ke sekolah Mandarin.
“Ramai yang bertanya kepada saya sama ada untuk menghantar anak mereka ke Sekolah Mandarin. Ramai ibu bapa bimbang sama ada anak mereka boleh atasi masalah bahasa dan untuk hadapi banyak kerja rumah. Juga sukar dapatkan makanan halal. ”
“Jawapan saya? Sekolah Mandarin adalah pilihan terbaik setakat ini. Teknik pengajaran di SJKC adalah luar biasa, pelajar lebih berdisiplin, anak-anak belajar bahasa asing dengan cepat kerana otak mereka lebih mudah disesuaikan berbanding dengan orang dewasa dan membawa makanan dari rumah setiap hari. Mengenai kerja rumah, setiap ibu bapa perlu habiskan satu jam sehari dengan anak mereka untuk membantu mereka dengan kerja sekolah mereka.”
Kedua-dua anak perempuannya di hantar ke sekolah tadika Mandarin. Pasti ramai yang beranggapan bila hantar sekolah Mandarin, tiada pendidikan agama di sekolah. Namun, ternyata Dr. Sheikh Muszaphar turut memainkan peranan penting melengkapkan anaknya dengan ilmu agama. Seawal usia 6 tahun, anak sulungnya, iaitu Bella sudah pun khatam Al-Quran.
Ia sekaligus membuka mata ibu bapa bahawa pendidikan di sekolah saja tidak cukup. Ibu bapa perlu bertanggungjawab mendidik anak untuk mendalami agama Islam.
Sumber: Intrend.
This post have 0 Comments
EmoticonEmoticon