Kamis, 04 Januari 2018

Bila melihat live video Elyana bar-baru ini seperti biasa,Elyana yang punyai 1001 cerita untuk dikongsikan. Tiba-tiba dikejutkan dengan kemuculan rakan lamanya iaitu Iqram Dinzly.

Oleh kerana ingin mengimbau semula kenangan-kenangan lama,Iqram dengan spontan mengajak Elyana untuk melakukan live video bersamanya di Instagram.Memang melucukan bila mendengar perbualan mereka berdua.Sepeti biasa Iqram banyak berceloteh sehinggakan Elyana menjadi suspen dengan setiap kata-kata yang dikeluarakan.

Namun,Elyana juga turut memuji kreativiti Iqram yang memakai topi dan kain kepala hingga menampakkan seperti serban.Elyana turut mendapatkan kain dan bergegas berlari mencari topi dan dipakai sekali agar kelihat sama seperti Iqram.


Menurut Iqram mereka berdua sering bergaduh dan usik-mengusik apabila diset pengambaran.Dalam masa yang sama,Iqram juga sempat mengajar Elyana bagaimana menyebut tagline yang sering digunakannya.

Malahan Iqram juga sempat memberi sedikit nasihat pada Elyana jangan pedulikan segala kecaman yang dilemparkan netizen dan sentiasa terus positif.

Namun,keadaan menjadi semakin lucu apabila mereka berdua saling berduet lagu Bukan Cinta Biasa.Malah Iqram juga memuji semangat Elyana yang kuat kerana terus ceria walaupun menghadapi dugaan hidup serta tidak mengalah ntuk teruskan hidup.


This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post