Fara Mendoza ialah antara personaliti yang aktif di media sosial dan seringkali memuat naik gambar serta aktiviti sehariannya. Namun dua video dan satu IG Story yang dimuat naik olehnya ke Instagram pada malam sambutan tahun baru mengejutkan manyak pihak kerana ia menampilkan Fara hanya memakai bikini top dan seluar pendek.
"Ini adalah diri saya, memang saya berpakaian seksi tetapi saya tidak mahu menjadi seorang yang hipokrit. Saya terima mereka yang cuba memberi nasihat dengan cara yang betul tetapi yang hanya meninggalkan kata-kata kecaman saya harap mereka berhenti sahaja."
"Soal pakaian ini antara saya dengan tuhan, tidak perlu mereka menghakimi saya."
Kata Fara atau nama penuhnya Norfaralinah Md Yunus,27, dia tidak akan memadam komen berunsur kecaman yang diterima disebabkan video itu:
"Saya tidak akan memadamkan kata-kata kecaman mereka atau block. Saya biarkan sahaja, jika mereka tidak suka, pilihan di tangan sendiri untuk tidak mengikuti saya.
Seperti yang saya katakan tadi, saya tidak akan berubah kerana mereka."
Bagaimanapun, kenyataan yang dibuat semalam itu tidak benar kerana ramai pengguna Instagram mendakwa Fara telah memadam komen mereka yang mengkritik perbuatannya memakai pakaian menjolok mata tersebut dan memuat naiknya di Instagram.
This post have 0 Comments
EmoticonEmoticon