Kamis, 11 Januari 2018

Isu sensasi melibatkan pelakon lelaki popular, Datuk Farid Kamil hangat diperkatakan apabila beliau ditahan polis selepas didakwa mengamuk, menampar anggota polis trafik dan menendang orang awam. Susulan kejadian itu, ujian air kencing dijalankan dan beliau disahkan positif dadah jenis ganja.

Pelbagai respon yang diterima, rata-rata sangat terkejut dan tidak menyangka pelakon berbakat itu mengambil bahan terlarang. Di Youtube, sebuah video menunjukkan Farid Kamil bersama Sofi Jikan live di aplikasi Bigo pula tersebar?

Menerusi video yang berdurasi 06:29 itu, Farid Kamil bersama rakan artis Sofi Jikan dilihat sedang melayani peminatnya di sesi live Bigo. Difahamkan mereka sedang rancak berkongsi mengenai filem-filem dan drama yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.


Meskipun ada yang cuba memprovok dengan bercakap soal politik, Farid Kamil menegaskan ‘no politic here’. Namun tidak dapat dipastikan bilakah sesi live itu diadakan.


Sumber : Youtube Viralism Channel

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post