Susulan kes penahanan suaminya Datuk Farid Kamil yang menggemparkan itu, Datin Diana Danielle meminta peminat dan orang ramai untuk memberi ruang kepada keluarganya menyelesaikan perkara tersebut terlebih dahulu.
"Beri kami ruang untuk menyelesaikan perkara ini dulu. Saya tidak akan memberi sebarang komen buat masa sekarang. Terima kasih," katanya.
Malah, ibu kepada Diana Danielle, Norsiah Ramli juga tidak mengetahui akan penahanan menantunya itu dan amat terkejut apabila dimaklumkan oleh rakan media.
"Saya terkejut mengetahui berita ini. Saya baru dapat tahu selepas dimaklumkan oleh rakan media. Jadi saya tidak tahu dan tidak boleh nak komen lanjut. Ada baiknya hubungi keluarga Farid sendiri," katanya.
Dalam laporan media, Farid Kamil telah ditahan setelah menampar seorang anggota polis trafik di Balai Polis Kota Damansara selain menendang dua orang awam yang berada balai tersebut.
Ekoran tindakannya itu, pihak polis bertindak menahan dan hasil pelakon tersebut juga positif dadah jenis ganja.
This post have 0 Comments
EmoticonEmoticon