Kamis, 04 Januari 2018


Bermula dari sekadar perkongsian dengan memuatnaik gambar sejadah di laman sosial adik kepada Neelofa iaitu Ameera Khan bagaimanapun menerima jawapan balas dari warga laman sosial yang terus mendakwanya – tak pakai tudung pun nak sembahyang.

Semua orang pun tahu bahawa soal ibadah kita adalah antara kita dengan Tuhan dan Ameera menjelaskan bahawa dakwaan yang dilemparkan kepadanya itu adalah tidak berasas.

“Adalah lebih baik sekiranya saya bermula dengan sembahyang dan kemudian berhijab. Apa guna bertudung kalau tak solat? Tapi buat masa terdekat, saya tidak merancang untuk berhijab lagi,” jelasnya.

Pendapatnya itu turut mendapat sokongan warga laman sosial dan ada juga yang mempertikaikan tindakannya itu. Pengajarannya, mustahil kita mampu untuk menutup mulut pengguna laman sosial yang merasakan diri terlalu bagus.




This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post