Rabu, 10 Januari 2018


Pada bulan Oktober lalu, Dato’ Seri Siti Nurhaliza akhirnya telah mengumumkan dirinya sedang hamil 4 bulan setelah penantian selama 11 tahun. Berita gembira itu disahkan oleh Siti sendiri dalam satu majlis bersama media di rumahnya. Ramai yang turut gembira dan tidak sabar menanti kelahiran bayi tersebut.

Sempena hari jadinya yang ke-39 hari ini, Siti mengesahkan bakal melahirkan bayi perempuan pada bulan Mac. Tahniah!

'Hi Assalamualaikum, pertama sekali Siti nak berterima kasih kepada semua yang mengucapkan hari lahir buat saya.  Saya sangat berterima kasih dan doakan semuanya selamat. Alhamdulilah, hadiah yang paling bermakna bagi saya adalah zuriat yang bakal dilahirkan Insyaallah pada bulan Mac nanti.




Doakan agar semuanya sempurna. Nak kongsikan dengan anda semua sempena hari jadi Siti, insyallah apa yang kami nanti-nantikan rezeki cahaya mata kali ini doktor mengesahkan bahawa kandungan Siti seorang puteri. Doakan puteri kami sihat sempurna dan menjadi anak yang solehah. Insyaallah terima kasih semua.'



This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post