Merokok sememangnya membahayakan kesihatan diri sendiri serta orang lain juga. Malah sudah banyak kali nasihat dan amaran kepada perokok tegar namun tidak diendahkan.
Banyak bapa yang merokok seperti tidak menghiraukan bahaya sekiranya mendekati anak-anak kecil semasa merokok mahupun selepas.
Sesetengah ibu bapa yang prihatin pasti akan menolak permintaan ahli keluarga atau rakan-rakan yang merokok untuk mendukung anak mereka. Bukanlah sombong atau kedekut hanya bimbang sekiranya anak mereka menghidapi penyakit berbahaya.
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook Huda Farid Irfan Ali berkongsi kisah penderitaan anaknya akibat asap rokok di akaun Facebooknya.
"Nak merokok itu terpulang kepada individu tetapi selepas merokok jangan terus dukung anak kecil,"
"Yang menanggung sakit lelah anak-anak kecil tersebut dan yang bersengkang mata siang malam ialah mak ayahnya. Bila mak ayah tak bagi dukung, dikatanya sombong. Bekas asap rokok itu bagi kesan berbahaya, faham tak?"
"Anak saya dikejarkan ke hospital pada jam 1.30 pagi dan dimasukkan ke bahagian separa kritikal. Diberi oksigen sebanyak dua kali, x-ray dan ambil darah,"
"Doktor sahkan ada virus dan jangkitan kuman akibat asap rokok yang menyebabkan demam panas dan sesak nafas. Jadikan kes ini sebagai pengajaran,"
Mungkin golongan perokok ini harus lebih peka dengan keadaan dan orang sekeliling terlebih dahulu. Kesian pada golongan yang tidak merokok terpaksa menghidu asap rokok terutama anak kecil.
This post have 0 Comments
EmoticonEmoticon