Rabu, 03 Januari 2018


Semalam merupakan hari pertama sesi persekolahan bagi tahun 2018. Pasti banyak ragam murid-murid yang harus guru hadapi lebih-lebih lagi murid tahun satu. Ada yang suka, teruja dan tidak ketinggalan ada juga yang menangis kerana tidak mahu berpisah dengan ibu  bapa mereka.

Itulah yang berlaku kepada guru dan juga penyanyi, Tasha Manshahar apabila dia berkongsi ragam murid-murid tahun satunya di Instagram. Ternyata ragam mereka ini amat comel dan mencuit hati.

'Baru first day sekolah ni, Iman. Kalau tiba-tiba teacher pindah, mau kena pelangkung dengan guru besau
_
Jap, Iman, kita memang serupa ke....macam mana?
_
P/s : hafiz dengan hazim tu dah kenapa tak sayang teacher? Takpe, ingat teacher heran ke? 😪 #sayangtidakbolehdipaksa#teacherdahmulakandrama episod 1.'




Paling mencuri tumpuan apabila salah seorang anak muridnya bertanyakan mengenai ex-boyfriend Tasha. Tasha dilihat agak terkejut kerana soalan tersebut keluar daripada mulut seorang murid tahun satu. Tetapi, jelas sekali murid itu sendiri tidak memahami maksud ex-boyfriend tersebut.

'Girl, teacher tahu awak comel. Tapi setahu teacher tulang serkup ni patut dekat belakang, girl. Hmmm tapi terpulang. Teacher cakap je. #budakbaik'


This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post