Rabu, 03 Januari 2018


Siapa tak kenal aktres Emma Maembong yang terkenal dengan sifat manja dan gila-gilanya terutama ketika bersama keluarga hingga membuat beberapa netizen meluat dengan kemesraan dipaparkan.

Dalam posting terbarunya, Emma sekali lagi diserang netizen kerana dicium seorang 'Mat Salleh'.

Amboi, sedapnya jari-jemari netizen menari di atas papan kekunci menaip kata-kata menghina dan menuduh Emma tanpa usul periksa terlebih dahulu.


Kalau mereka mengkaji dulu sebelum menuduh membuta tuli, pasti mereka akan tahu bahawa lelaki terbabit sebenarnya adik kepada Emma, Ahmad Maembong.

Hubungan mereka memang rapat, lebih-lebih lagi Emma menjaga Ahmad yang lumpuh separuh badan.




Kakak Emma, Yaya turut 'mencelah' memberi sepatah dua kata kepada netizen yang mempunyai penyakit hasad dengki.

Ada-ada saja netizen mencari bahan untuk mencaci dan mengkeji orang lain. Kalau dah tak suka tu, buat benda baik sekalipun akan dikata buruk dan sengaja mencari perhatian. Kalau buat benda tak elok, lagilah berbakul cacian mereka. Memang susah nak puaskan hati mereka, kan?

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post