Kes penceraian sering kali melibatkan hak penjagaan anak-anak yang menjadi mangsa perebutan antara ibu dan bapa.
Terbaru, sebuah video viral di media sosial apabila kereta seorang wanita ditendang beberapa orang lelaki dipercayai ahli keluarga bekas adik iparnya.
Kejadian tersebut berlaku di Sabah itu telah dikongsi hampir seribu kali. Menurut gadis yang memuat naik status tersebut, Ziezy Ahmad dia bersama adiknya datang ke rumah bekas suami adiknya itu untuk mengambil anak atas perintah mahkamah.
Namun dia tidak menyangka keluarga bekas suami adiknya itu akan bertindak ganas seperti itu. Tambahnya, mereka berdua datang secara baik dan membawa surat perintah mahkamah.
"Sampai-sampai saja di rumah bekas suami adik, memang nampak dari jauh sekumpulan lelaki sudah berkumpulan, termasuk seorang wanita yang dikenali sebagai F******.
"Yang si F****** ini lagilah saya tak faham, apatah lagi kenal pun tidak. Secara tiba-tiba pergi ke depan kereta, siap berteriak dan meludah-ludah lagi. Astaghfirullahalazim, perangai mereka ini memang sungguh tidak dijangkakan!
"Habis kereta saya menjadi mangsa tendang dan tumbuk. Allahu, barulah saya nampak perangai mereka macam mana. Serik saya nak pijak kawasan mereka ini lagi,"
Menurut Ziezy lagi kejadian tersebut berlaku dua minggu yang lalu dan dia terpaksa menularkan kejadian tersebut kerana walaupun telah dilaporkan kepada pihak berkuasa, tiada sebarang tindakan masih diambil.
This post have 0 Comments
EmoticonEmoticon