Minggu, 07 Januari 2018


Nak memikat hati perempuan, kadang-kadang lelaki perlu mencuba pelbagai cara. Kalau kena dengan gayanya memang terbaiklah, tapi kadang-kadang ada juga yang menimbulkan rasa tidak senang.

Perkongsian di Twitter oleh seorang wanita dikenali sebagai Lidya ini agak menarik kerana dia menceritakan pengalamannya berdepan dengan seorang lelaki yang acah-acah alim tapi hakikatnya.



Dalam perbualan, lelaki tersebut sering kali menasihatinya agar mendirikan solat tetapi bila jumpa depan-depan habis semuanya diraba.

Bagi Lidya lelaki ini hipokrit kerana kali pertama mereka berjumpa dah berani pegang tangan, dan berlaga-laga siku sekaligus membuatkan Lidya rasa tak selesa.






Bukan setakat itu sahaja, selepas Lidya memuat naik perbualan mereka, berduyun-duyun perempuan lain menyatakan mereka mendapat mesej serupa dari lelaki yang sama.

Selepas 'kantoi', terus lelaki tersebut minta maaf dan harap Lidya padam semua yang dimuat naiknya. Itulah, masa buat tak fikir, bila dah jadi begini baru nak fikir maruah dan air muka. 


Ramai netizen bersetuju dengan cara Lidya mendedahkan perkara tersebut, lelaki jenis begini memang perlu diajar!

Memang elok jika dapat mengenali lelaki yang sentiasa mengingatkan kita tentang solat tapi kalau begini, apa masalah dia sebenarnya kan? Berhati-hatilah. Diharap orang di luar sana ambil pengajaran ya.

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post