Pada zaman sekarang ini, kisah anak derhaka dah banyak kali kita dengar di media sosial ataupun di surat khabar. Mungkin ibu bapa yang akan disalahkan kerana terlalu manjakan anak sejak kecil.
Kisah ini menjadi bualan netizen di media sosial terutama di Twitter apabila seorang pengguna @zakimits memuat naik satu gambar dengan kapsyen "Anak-anak Jaman Sekarang".
Menurutnya, seorang anak sanggup mengambil duit bapanya dan hanya meninggalkannya terkontang kanting begitu sahaja. Gambar yang dimuat naik menceritakan seorang pakcik meminta pertolongan seorang lelaki dikenali sebagai Izzatshafie untuk mengeluarkan duit dari mesin ATM.
Namun, apabila disemak bakinya, pakcik itu terkejut apabila duitnya hanya tinggal RM20 sahaja di dalam akaun. Pakcik itu kemudian memberitahu sepatutnya jumlah didalam akaunnya adalah RM1800.
Katanya lagi, pakcik tersebut telah bergaduh dengan anaknya yang kemudian merampas kad bank miliknya sebelum ditinggalkan begitu sahaja.
"Generasi jenis apa kita sekarang?' tulisnya lagi. Kisah yang dikongsikan itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang mempunyai pendapat mereka tersendiri.
Ada yang mengesyaki pakcik tersebut adalah seorang 'scammer' yang meminta simpati orang ramai dengan kisah-kisah sedih.
Namun, jika kisah ini benar-benar berlaku seperti yang diceritakan memang akhlak generasi sekarang semakin nazak.
This post have 0 Comments
EmoticonEmoticon