Minggu, 10 Desember 2017


Makin lama makin teruk akhlak dan nilai moral dalam diri remaja masakini. Apa yang membimbangkan ibu bapa ialah remaja zaman ini terlalu mengikut budaya barat terutama dalam hubungan cinta sehingga melakukan perbuatan terkutuk. 

Lebih mengejutkan gadis remaja sanggup melakukan seks bebas sehingga melahirkan anak luar nikah. Namun, apa yang menyedihkan ialah bayi yang menjadi hasil buah cinta pasangan memilih untuk membuang bayi tersebut ke tepi jalan ataupun menjualnya kepada sindiket dengan harga lumayan. 

Menerusi perkongsian dari aktivis Syed Azmi di laman Facebooknya, dia telah menerima satu lapoan yang mengejutkan dari beberapa pihak sebuah iklan di laman jual beli Mudah.my mengenai penjualan bayi kembar dengan harga sebanyak RM15,000!



Susulan itu, Syed Azmi telah menghubungi pihak Mudah.my untuk menurunkan iklan tersebut dari laman web mereka. 

Tidak cukup dengan itu, dia turut menghubungi pegawai polis dari Bukit Aman dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk melindungi bayi-bayi tersebut. 

"Saya hubungi ibu kepada gadis yang melahirkan anak kembar tersebut. Dia juga turut melihat iklan itu dan rasa amat terkejut dengan tindakan anaknya. Saya cuma berharap kami masih belum terlambat. Kami kemudian buat perancangan" kata Syed Azmi. 

Menurut Syed Azmi lagi, gadis tersebut baru berusia 20 tahun manakala teman lelakinya pula hanya berusia 17 tahun. Mereka tidak pernah bernikah walaupun telah dipaksa sebaik teman lelaki gadis itu mencecah 18 tahun supaya mereka dapat menjaga bayi kembar tersebut bersama-sama. 



Namun, Syed Azmi berasa syukur kerana mereka tidak bernikah kerana pasangan tersebut tidak pandai untuk menjaga anak-anak dan hanya ingin hidup bebas tanpa sebarang ikatan. 

Malah lebih mengejutkan pasangan muda itu turut menyuruh keluarga lain untuk menjaga anak-anak tersebut namun tidak sanggup kerana bayi kembar itu terlalu kerap menangis. 

Akhirnya pasangan itu mengambil jalan mudah dengan cuba menjual bayi tersebut dengan harga RM15,000 di laman web terkenal Mudah.my

"Budak lelaki tu dah cabut. Keluarga lelaki tu pula minta keluarga perempuan serahkan bayi kepada keluarga lain dan mereka tidak patut berkahwin" katanya lagi.


"Keluarga ini datang dari golongan berpendapatan rendah dan rajin bekerja malah hubungan kekeluargaan antara mereka sangat rapat."

"Gadis itu terkejut dengan kedatangan saya dan JKM. Kami jelaskan kepadanya kesalahan yang telah dia lakukan."

Ketika ditanya apakah perancangannya ke atas bayi tersebut dia dengan selamba menjawab

"Susahlah nak jaga. Mak kata ada orang nak tapi takkan nak pakai bagi free free je, bagitahulah berapa dia nak kasi." 


Walaupun telah dijelaskan kesalahan untuk menjual bayi, gadis tersebut tetap tidak mengerti. Gadis tesebut tetap mahu memberikan anaknya kepada orang lain dan mahukan imbuhan daripada pertukaran tersebut. 

Ketika ini, gadis tersebut diberi pilihan iaitu sama ada bayi berkenaan diserahkan kepada keluarga angkat, diserahkan kepada JKM atau dihantar ke OrphanCare. 

Bayi-bayi itu telah pun diambil oleh pihak Syed Azmi untuk dijaga di rumah yang lebih selamat untuk mengelakkkan perkara seperti ini tidak berulang.

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post