Minggu, 10 Desember 2017


Nama Tasha Shila sering dikaitkan dengan pelbagai kontroversi yang melanda dirinya. Pernah menjadi bualan netizen apabila gambar separuh bogelnya tersebar kali ini Tasha Shila sekali lagi menjadi bualan netizen. 

Tasha dikecam netizen selepas memuat naik foto yang melihatkan dirinya memakai seluar pendek sehingga menampakkan sebahagian punggungnya di akaun Instagram. 

Selain itu, Tasha juga menggayakan baju berwarna hitam  dan mendedahkan separuh bahagian bahunya. Rata-rata netizen mengecam aksi berani Tasha yang agak keterlaluan dan langsung tidak melambangkan imej sebagai orang Islam. 


Malah, netizen beranggapan foto tersebut tidak perlu dimuat naik di laman akaun Instagramnya untuk tatapan umum kerana mengundang pelbagai tanggapan kurang manis kepada pelakon tersebut. 

Ruangan komen juga menjadi panas apabila netizen berbalah pendapat dengan para peminatnya. Peminat Tasha juga mencadangkan supaya ruangan komen ditutup kerana tidak mahu perkara itu berlarutan. 

Namun, Tasha sehingga kini masih belum memberikan sebarang respon terhadap gambar 'seksi' itu.

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post