Minggu, 10 Desember 2017


Kisah perkahwinan Izreen Azminda menjadi viral apabila  berkahwin dengan suami orang yang merupakan seorang pemuzik bernama Ude. 

Isu tersebut terus menjadi bualan hangat netizen kerana ramai menganggap Izreen tidak patut untuk berkahwin dengan suami orang. 

Walaupun sudah seminggu berlalu, Izreen masih lagi dikecam netizen. Namun begitu, kini Izreen telah membuka mulut dan mendedahkan kenapa dia memilih suami orang sebagai jodohnya. 

Berwalikan bapanya sendiri, Mohammad Aznam Mohd Noor, hanya dengan sekali lafaz Izreen sah menjadi isteri Ude. Keputusan berkahwin ini dibuat setelah lebih tiga tahun bercerai dengan jurugambar Riza Baharuddin pada pertengahan 2014. Ikuti penjelasan dan luahan hati di bawah. 

Kenapa dia? Kenapa Ude, suami orang yang dipilih? Saya sendiri tidak punya jawapan. Cuma, orang kata apabila kita cinta, kita akan sanggup buat apa sahaja. 

Dan saya fikir kerana kesanggupan itulah saya memilih untuk menjadi isteri ke-duanya dalam usia kami yang masih muda. 

Betul sekali apa yang diperkatakan oleh isteri pertamanya (Intan Liana Salleh), Ude memang seorang yang bertanggungjawab.

Dengan anak-anak, dengan keluarga semua, dia sangat ikhlas. Mungkin sikap baik Ude membuatkan saya tidak mampu untuk menolak takdir ini dan akhirnya memilih untuk hidup dengan seorang lelaki yang sudah pun mempunyai isteri sebelum ini. Demikian hebatnya kuasa cinta.


Saya sudah semakin reda dengan perkongsian ini dan walau muda, sifat kebapaan terserlah dalam diri dia. Itu buat kami sayang, suka sangat dengan dia dan setuju untuk berkahwin dengan dia walaupun tahu dia adalah suami orang dan sudah ada dua anak.

Pada saya, ini adalah takdir saya dan kena hadap meskipun orang akan mengata macam-macam. Sampai masa, orang akan senyap dan kita akan teruskan hidup macam biasa sahaja mengikut cara kita. Bahagia kita, kita sendiri yang cari dan memilihnya.

Saya tidak pernah anggap kata-kata kutukan orang sebagai sesuatu yang besar untuk difikirkan. Selagi ia masih dalam rasa yang waras, saya tak ambil kisah. Tetapi kalau kutukan dan kejian sudah ke tahap yang keterlaluan, sesiapapun tidak mungkin mampu bersabar lagi dah.

Jadi, setakat ini saya masih mampu menangani emosi apabila melihat kata-kata buruk mereka. Barangkali ada yang tidak faham dan tidak tahu apa yang kami sedang lalui ini.

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post