Minggu, 17 Desember 2017

PELAKON sensasi Izreen Azminda mendedahkan ada pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan di laman sosial gambar peribadinya tidak berhijab yang dirakamkan bersama suami ketika berada di rumah.

“Sudah lama saya diamkan diri sejak isu pernikahan saya diperdebatkan. Diam bukan bererti salah dan takut.

“Cuma memberi ruang buat semua pihak memperbaiki keadaan supaya kembali tenang tanpa membuka aib sesiapa.

“Kini tersebar pula gambar peribadi saya di rumah bersama suami, tidak bertudung. Nama pun kat rumah takkan nak pakai jubah. Dan memfitnah gambar itu sebelum kami berkahwin semata-mata untuk jatuhkan saya”

Namun,kecewa dengan fitnah yang tersebar,Izreen menyifatkan sikap manusia terbabit seperti berhati binatang.Berdasarkan penyiasatan,gambar tersebut dimuat naik oleh satu akaun instagram bernama,Izreen Azminda.Yang pastinya bukan peminat pelakon tersebut.


“Apa yang awak dapat sebenarnya? Dapat duit? Dapat kereta? Dapat rumah? Sungguh tidak bermoral perbuatan manusia berhati binatang ini. Untuk Instagram yang menyebarkan gambar ini tunggu tindakan selanjutnya kerana telah menjatuhkan maruah saya,” katanya kepada mStar Online.


Sumber : mStar Online.

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post