Minggu, 17 Desember 2017


Tak boleh kena tegur langsung! Padah buat seorang pemandu ambulans yang menerima empat jahitan di kening setelah dibelasah oleh sekumpulan mat rempit yang berang ditegur kerana tidak memberi laluan. 

Memetik laporan Harian Metro, kejadian tersebut berlaku pada 1.40 pagi berhampiran Plaza Tol Taiping Utara ketka mangsa yang berusia 53 tahun cedera di kening kanan manakala jururawat wanita turut cedera apabila ditendang oleh kumpulan tersebut. 

Mangsa yang tidak mahu identitinya didedahkan berkata, dia bersama pembantu perubatan dan seorang jururawat dalam perjalanan dari Hospital Parit Buntar ke Hospital Taiping untuk menghantar seorang pesakit. 

"Ketika tiba di persimpangan lampu isyarat berhampiran plaza tol, saya ternampak sekumpulan penunggang motosikal yang dipercayai sedang lumba haram." 

"Saya bertindak menegur mereka dengan pembesar suara agar mereka memberi laluan. Namun ia menyebabkan kumpulan terbabit marah dan mula menghimpit ambulans dengan motosikal."

"Seorang daripada penunggang terbabit terjatuh dan kumpulan berkenaan kemudian menyekat kenderaan saya," katanya. 

Tambahnya lagi, empat hingga enam remaja lelaki itu menariknya keluar dari ambulans dan menumbuk mukanya sehingga cedera sebelum dibelasah bertubi-tubi.

Jururawat yang menjaga pesakit di belakang cuba untuk membantu meleraikan kumpulan tersebut namun dia juga menjadi mangsa dan ditendang. 

Remaja tersebut kemudian melarikan diri selepas orang ramai yang berada di sekitar kawasan kejadian menyedari tindakan kumpulan mat rempit itu. 

Mangsa yang cedera kemudian terus menghantar pesakit dan membuat laporan polis di Taiping sebelum pulang ke Parit Buntar untuk rawatan lanjut.

"Saya berjaya mengecam nombor pendaftaran motosikal salah seorang daripada remaja yang memukul saya, manakala motosikal lain tiada nombor pendaftaran. 

"Difahamkan polis sudah mengenalpasti pemilik motosikal terbabit dan tindakan serta siasatan lanjut sedang dijalankan. 

Menurut mangsa lagi, lokasi kejadian itu sememangnya seringkali dijadikan sebagai litar lumba haram membabitkan motosikal dan kereta terutamanya pada malam minggu sekitar jam 12 tengah malam hingga tiga pagi.

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post