Senin, 18 Desember 2017

Semalam viral di media sosial apabila penyanyi K-Pop yang terkenal bunuh diri di kediamannya di Gangnam, Seoul. Anggota boyband SHINee, Jonghyun, ditemukan meninggal dunia pada waktu petang. Berita ini mengejutkan peminatnya di seluruh negara yang rata-ratanya berduka cita atas kematian penyanyi ini.

Namun sebelum kejadian yang menimpa dirinya, dia telah melaporkan diri ke balai polis. Ini yang berlaku di sebalik kematiannya.

Menurut laporan The Fact, sebaik sahaja polis menemui Jonghyun, dia segera dibawa ke hospital namun tidak dapat diselamatkan. Polis di Gangnam juga ada memberitahu kakak penyanyi ini ada membuat laporan berkenaan adiknya yang mahu membunuh diri.

Pada 18 Disember pukul 16.42, kakak Jonghyun melaporkan kepada polis bahawa adiknya ingin membunuh diri

Kami pergi ke kediaman Jonghyun di Chungdam dan mendapati dia cuba mengakhiri hidupnya dengan menyalakan briket arang batu dalam kuali. Pasukan perubatan yang datang bersama polis segera membawa Jonghyun ke Hospital Universiti Konkuk. Media di Korea Selatan memberitahu Jonghyun ada meninggalkan mesej bunuh diri kepada kakaknya sebelum kejadian.





Sumber : Koreaaboo

FACEBOOK HERBAL RIMBA

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post