Senin, 18 Desember 2017


Sebelum ini viral di media sosial kisah seorang lelaki yang telah di 'prank' oleh sebuah radio swasta tempatan. 

Terbaru, lelaki tersebut Zairi Zainal akhirnya tampil menjelaskan keadaan dan meminta netizen supaya untuk berhenti mengecam stesen radio berkenaan. Berikut luahan dari lelaki berkenaan yang dimuat naik ke laman Facebooknya.

"Henti Kecam Mereka"

Assalamualaikum semua. Saya dengan rendah diri ingin mengajak sahabat-sahabat untuk berhenti kecam radio Hot FM. Please, nanti saya akan buat penjelasan. Lagipun DJ di situ adalah kawan-kawan saya juga. 

Saya secara peribadi maafkan mereka. Syuk, Fizie dan Kamal ada menghulurkan sumbangan peribadi pada saya di samping ada juga bertanya tentang keadaan saya sebelum panggilan hangit on air dan mereka suruh rahsiakan.  

So, jangan kecam mereka. Itu sumber rezeki mereka kerja di Hot FM dengan menghiburkan kita. Lagipun secara jujurnya saya tak salahkan Hot FM atas apa yang berlaku. Bagi saya, mereka cuma nak tanggungjawab sosial melalui hiburan. Tetapi mungkin cara itu tak kena. 

Ada pro dan kontra bila panggilan hangit saya on air di Hot FM. Saya pun tak salahkan netizen dan kawan-kawan saya yang meluahkan pendapat dan perasaan setelah mendengar panggilan hangit itu sebab kita semua ada hak untuk bersuara dalam negara ini. 

Saya bukanlah manusia yang baik, cuma saya berharap tuan dan puan janganlah menggunakan bahasa yang kurang sopan. Kita semua manusia, masing-masing tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan.


"Saya Akan Galas Amanah Sebaik Mungkin"

Jelas Zairi, jika Hot FM tidak menyiarkan panggilan hangit itu, mungkin tidak ramai yang tahu apa yang sedang dilakukannya kini. Zairi menganggap apa yang berlaku sebagai asbab membuka mata semua. 

Alhamdulillah, beratus panggilan saya terima dari semalam sehingga ke hari ini untuk sponsor makan, penginapan dan macam-macam lagi dari seluruh negara. 

(Saya yang kacak dan tampan serta gagah ini menangis terharu juga semalam, hahaha). Saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang mengambil berat tentang saya. Hanya Allah saja yang dapat membalas kebaikan anda semua. 

Yang mana ada buat sumbangan itu, insyaallah saya akan galas amanah tuan/puan dengan sebaik mungkin. Doakan perjalanan saya selamat. 

Buat masa ini saya masih lagi tengah recover melecet di tempat sensitif dan sahabat yang cover saya iaitu Pett Mimalanders juga kurang sihat hari ini. - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post