Minggu, 17 Desember 2017


Gelaran 'Datuk' di Malaysia sememangnya tidak asing lagi. Namun, gelaran 'Datuk' nampaknya seperti mudah diperolehi sehingga ada segelintir pihak mengecam kerana mudahnya memperoleh gelaran 'Datuk'. 

Golongan artis juga banyak yang sudah menerima gelaran tersebut sebagai tanda terima kasih atas sumbangan dan bakti mereka kepada industri hiburan tanah air. 

Terbaru, peminat hiburan tempatan dikejutkan lagi apabila dua artis terkenal dan popular dianugerahkan gelaran 'Datuk'. 

Memetik laporan Mstar, dua pelakon terkenal Aaron Aziz  dan Farid Kamil dianugerahkan darjah kebesaran dan pingat Pahang pada Sabtu lepas. 


Kedua-dua pelakon hebat tersebut menerima anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Namun, pengiktirafan gelaran 'Datuk' kepada dua pelakon ini nampaknya dikecam netizen. Ada segelintir netizen mempersoal sumbangan mereka kepada negara.

Malah ada diantara mereka mempersoal ada banyak artis lama yang lain lebih sesuai dan layak untuk memiliki gelaran tersebut. 



Walau apa pun, tahniah diucapkan kepada Datuk Aaron Aziz dan Datuk Farid Kamil. Semoga anugerah tersebut dapat mencetus semangat mereka untuk terus berkarya dalam industri hiburan tanah air.

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post