Minggu, 17 Desember 2017


Menjadi cikgu pada zaman sekarang boleh dikatakan amat mencabar. Salah sedikit pasti akan menjadi kecoh terutama ibu bapa yang terlalu memanjakan anak mereka. 

Baru-baru ini, nama Cikgu Azizan menjadi viral di media sosial setelah guru tersebut bakal menghadapi perbicaraan kes selepas dituduh mencederakan muridnya di Mahkamah Majistret Seremban, Selasa ini. 

Cikgu Azizan yang merupakan Penolong Kanan HEM SK Taman Semarak terpaksa berdepan dengan pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan jika disabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali. 

Mengikut sumber dari laman portal Pendidik2u, Cikgu Azizan ditahan selepas mendenda muridnya yang melakukan kesalahan menghisap gam serta membuli, memukul murid lain dan ponteng sekolah. 

"Tindakan tegas Cikgu Azizan adalah kerana disiplin kanak-kanak itu berat malah telah dilakukan berulang-ulang seperti hisap gam di sekolah, bergaduh, membuli dan banyak lagi."


"Niat cikgu tersebut adalah untuk mendidik. PIBG risau jika sikap segelintir ibu bapa ini akan menjadikan kes disiplin melibatkan murid lebih parah dan merebak di kalangan murid-murid SK Taman Semarak."

"Kes seperti ini akan menyebabkan ketakutan dan kerisauan di kalangan cikgu-cikgu untuk membentuk disiplin dan akhlak murid-murid."



Sebelum itu, Cikgu Azizan mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan dan diikat jamin RM500. Menurut Pengerusi Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Negeri Sembilan, Abu Hurairah Suak pihak mereka akan memberi bantuan guaman kepada Cikgu Azizan malah pihaknya juga memohon semua guru di Malaysia untuk memberi sokongan moral terhadap Cikgu Azizan pada 19 Disember ini.

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post