Jumat, 22 Desember 2017


Kemudahan yang dijaga sepatutnya dijaga bersama. Namun  segelintir pihak seperti gatal tangan kerana melakukan vandalisme pada barang hak milik awam. 

Beberapa kejadian yang viral sebelum ini seperti kemudahan di stesen MRT yang dirosakkan selepas seminggu beroperasi, contengan grafiti di Lebuhraya Pintas Rawang dan yang terbaru di Pusat Sains Negara. 

Pusat Sains Negara yang ditutup hampir setahun lalu untuk dinaik taraf dan pembaharuan pameran. Dibuka semula pada 11 Oktober lalu dan masuk adalah percuma sehingga 31 Disember ini. 

 

Namun amat menyedihkan apabila barang pameran di Pusat Sains Negara yang baru dibuka telah dirosakkan oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab. 

Beberapa kerosakan dikesan di Pusat Sains Negara terdapat kesan dinding berlubang, lampin bayi dibuang merata-rata, pameran replika haiwan yang rosak dan beberapa plakad pameran lain juga dirosakkan. 

Malah pada awal 14 Disember lalu, pihak mereka turut memuat naik gambar tindakan sekumpulan kanak-kanak mandi manda di kolam air pancut yang terdapat di kawasan Pusat Sains Negara. 


Rata-rata netizen cukup kecewa dengan sikap segelintir pihak yang tidak pandai menjaga barangan awam seperti ini yang mengambil kesempatan memandangkan masuk adalah percuma. 


Pusat Sains Negara juga merayu orang ramai agar menghentikan vandalisme serta menggunakan fasiliti yang telah disediakan sewajarnya untuk kegunaan semua. 

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post