Jumat, 22 Desember 2017


Wanita maut dalam keadaan ngeri apabila kepalanya putus dua selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 46.4, Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), arah selatan, Nilai pada Jumaat.

Memetik BH Online, kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi apabila mangsa berusia 22 tahun itu memandu dari arah Sepang, Selangor ke Nilai.

Mangsa dipercayai memandu di lorong paling kanan sebelum terbabas, lalu merempuh pembahagi di tengah jalan, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintendan Azrul Hisham Mohd Shaffie.


"Rempuhan itu menyebabkan mangsa tercampak keluar dari kenderaan dan terlanggar besi penunjuk arah jalan menyebabkan kepalanya terputus," katanya.

Tambahnya, mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post