Jumat, 22 Desember 2017


Tular status facebook seorang doula Masyitah Md Hassan yang mengatakan kakitangan di bilik bersalin Hospital Shah Alam berlaku kejam ke atas anak didiknya ketika hendak bersalin! 

Doula ini tidak berpuas hati apabila permintaan anak didiknya untuk melakukan proses kelahiran secara 'gentle birth' tidak diendahkan. 

Malah doula ini juga tidak menyalurkan aduannya kepada pihak yang sepatutnya tetapi menularkan di akaun facebook peribadinya.  


'Gentle birth' adalah kaedah bersalin yang mana kurangnya atau tidak ada campur tangan dari pihak lain terutamanya pihak perubatan atau lebih jelas kita kata pihak hospital lah. 

Antara campur tangan yang dimaksudkan itu ialah seperti VE, episiotomy, epidural, induce dan menangguhkan proses pemotongan tali pusat. 

Sesetengah orang ni pula dia nak sangat buat 'gentle birth' sebab boleh elak daripada suntikan vaksin pada bayi mereka dan ada yang trauma bersalin kat hospital. 

Sudahlah doula ni mempromosi perkhidmatan menggunakan "scare tactics", malah dia juga mempersoalkan kredibiliti seorang doktor pakar dan bertauliah. Memang teruk la kena kecam dengan netizen. 


Kalau dah rasa kena aniaya, kenapa sampai sekarang tiada laporan dibuat? Setakat tular sahaja dan memburukkan nama pihak hospital. 

Main-main sahaja dengan nyawa manusia ni. Doktor dan kakitangan bilik bersalin hospital Shah Alam sudah berjaya bantu anak didiknya semasa proses bersalin itu pun tiada ucapan terima kasih. 



Pihak Hospital Shah Alam tidak berdiam diri dan tampil memberi maklum balas berkaitan kes dan tuduhan tersebut. 

Sekarang ini, pihak hospital menerima sesiapa sahaja yang mahu lakukan 'gentle birth' atas persetujuan kedua-dua pihak tetapi perlulah memberitahu lebih awal. Mereka tidaklah kejam seperti yang diceritakan oleh doula tersebut.

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post