Senin, 04 Desember 2017


Kebersihan adalah satu aspek yang sangat dititik beratkan dalam kehidupan. Siapa yang mahu hidup dalam keadaan rumah yang tidak bersih dan kotor? 

Namun, bagi seorang lelaki dia merasa terkejut apabila terdapat segelintir pelajar perempuan yang tidak tahu menjaga kebersihan rumah yang disediakan oleh pihak IPT. 

"Apa ni semua kotor? Macam ni ke nak kahwin?" luah seorang netizen setelah melihat gambar-gambar rumah pelajar perempuan yang dirahsiakan lokasinya.

Keadaan rumah yang bersepah dan kotor itu akhirnya terbongkar selepas satu pemeriksaan mengejut dilakukan apabila semua rumah yang dihuni para pelajar dalam keadaan kotor dan mereka gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan. 


Pihak berkaitan telah memberikan amaran kepada para pelajar supaya menjaga kebersihan rumah yang telah disediakan. Menurut lelaki itu, pihaknya juga akan menarik balik kemudahan tempat tinggal yang diberikan selama ini jika gagal mematuhi syarat tersebut.

Menerusi beberapa gambar yang dikongsi, para pelajar dilihat membawa periuk nasi dan dapur elektrik manakala peti ais yang disediakan untuk menyimpan ubat-ubatan disalahguna untuk meletak barang makanan. 


Keadaan bilik pula sangat bersepah dengan kesan kotoran di dinding bilik, kerusi patah dan sampah yang  penuh dan berulat diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya. 

Malah ada segelintir pelajar yang membasuh pinggan mangkuk di dalam tandas dan meletakkannya di atas penutup mangkuk tandas.

Rata-rata netizen turut terkejut dengan keadaan rumah pelajar perempuan dan menyifatkan mereka hanya cantik berpenampilan namun gagal dalam menjaga tanggungjawab yang diberikan.

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post