Rabu, 13 Desember 2017

Mengenai kontroversi panas Fattah Amin menghilang. Turut diundang bersama ke program MeleTOP, Fahrin Ahmad memberitahu beliau juga terkejut apabila Fattah tiba-tiba saja hilang dari set semalam.

Menurut Fahrin, sepatutnya beliau dan Fattah sahaja hadir ke pembukaan MeleTOP tanpa melibatkan pengacara. Tetapi tiba-tiba sahaja, pihak produksi mengubah rancangan, memasukkan Neelofa dan Nabil Ahmad sekali.

“Kami membuat persiapan untuk mengendalikan segmen pembukaan MeleTOP berdua (bersama Fattah) sahaja pada awalnya, namun pihak produksi membuat perubahan saat akhir yang turut ada Neelofa dan Nabil”

“Dalam kesibukan itu saya naik ke pentas dan mencari-cari, Fattah sudah tiada. Saya juga terpinga-pinga kemana dia menghilang secara tiba-tiba. Sejujurnya saya memang tidak tahu apa yang berlaku ketika itu, hanya pihak produksi yang tahu cerita sebenarnya,” katanya kepada m Star Online.

Menurut Fahrin,sehingga kini beliau tidak pasti mengapa Fattah menghilangkan diri dari set semalam.Makin keliru pula dibuatnya,Harap peminat Fattah dan Neelofa terus bersabar.

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post