Selasa, 19 Desember 2017


Orang kata cemburu itu tandanya sayang, tapi jika cemburu tak kena gaya mungkin akan jadi satu masalah satu hari nanti. 

Inilah yang terjadi kepada seorang wanita berusia 54 tahun yang menjadi mangsa cemburu buta suaminya sendiri.

Memetik Harian Metro, kejadian berlaku di kediaman mangsa di Seberang Takir, Kuala Nerus, Ahad lalu. Suami wanita berkenaan yang berusia 56 tahun tergamak menjerut leher isteri menggunakan getah paip.


Menurut laporan, suspek yang juga bekas tentera itu bertindak sedemikian selepas melihat gambar mangsa, 54, dengan lelaki lain. Malah, suspek mengugut akan membakar rumah mereka sekiranya dia nampak mangsa bersama lelaki lain.

Difahamkan, suspek sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah mangsa yang juga merupakan isteri pertama dari tiga isterinya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar mengesahkan kejadian dan berkata, suspek bertindak sedemikian kerana cemburu apabila melihat gambar mangsa bersebelahan dengan lelaki lain di sebuah majlis kenduri kahwin.

Susulan itu, sebuah laporan dibuat mangsa di Balai Polis Gong Badak, sebelum suspek ditahan pada jam 4 petang, kelmarin. Suspek kini direman empat hari untuk siasatan lanjut.

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post