Kamis, 21 Desember 2017


Golongan 'bapok' atau pondan sering dicemuh masyarakat  dengan pelbagai gelaran yang namun ianya tidak mematahkan semangat mereka walaupun disisih oleh masyarakat. 

Namun, ada juga golongan tersebut yang berjaya dalam hidup sehingga menjadi usahawan hebat dan kaya. Namun itu mungkin hanya segelintir dari mereka. 

Memetik laporan dari Malaysian Insight, pondan-pondan ini memilih sebuah flat di bandar di Terengganu untuk menjalankan aktiviti pelacuran. 

Aktiviti tersebut terus berleluasa sejak 20 tahun lalu dan banyak serbuan telah diambil oleh pihak berkuasa namun ianya hanya surut sebentar sebelum muncul kembali seperti sedia kala. 

Menerusi satu tinjauan oleh Bernama, 'lubuk pondan' di Terengganu beroperasi dari jam 10 malam hingga 2 pagi dan sekurang-kurangnya 20 orang pondan menawarkan perkhidmatan mereka. 

Mereka ini diawasi oleh seorang penjaga yang bertindak untuk mengesan kehadiran pihak berkuasa. Keadaan flat ini jauh berbeza di siang hari namun ketika malam menjelma. 


Golongan transgender akan memenuhi berkumpul di beranda rumah dengan lampu laser berwarna-warni serta bunyi-bunyi 'istimewa' untuk menarik pelanggan. 

Disebabkan kawasan flat ini dipenuhi dengan pondan kebanyakan penghuni flat yang berkeluarga telah memilih untuk berpindah ke tempat lain kerana bimbang gejala tidak sihat itu akan mempengaruhi anak-anak mereka. 

Mereka dilaporkan menawarkan perkhidmatan antara RM30 - RM70. Apa yang memeranjatkan lebih 10 kenderaan dilihat keluar masuk ke kawasan berkenaan untuk melakukan penawaran. 

Bagi pelanggan yang berminat, mereka akan membuat pusingan untuk kali kedua dan akan membawa pondan tersebut ke tempat lain atau melakukan aksi terkutuk di flat berkenaan. 

Menurut kerajaan negeri Terengganu tidak pernah mengabaikan masalah tersebut dan sedia untuk mengambil tindakan tegas. 

Masyarakat juga diminta unutk membuat aduan dan meminta pemilik rumah untuk tidak menyewakan rumah mereka kepada golongan tersebut kerana ianya akan dijadikan sebagai lubuk maksiat.

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post