Rabu, 20 Desember 2017


Baru-baru ini, negara digemparkan dengan rampasan susu tiruan sehingga menyebabkan bayi mengeluarkan najis berdarah selepas meminum susu tiruan tersebut. 

Belum pun reda kes tersebut, terbaru terdapat segelintir pihak tidak bertanggungjawab meniru produk-produk bayi terkemuka dan mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda. 

Memetika laporan Harian Metro, sebanyak 65,000 keping lampin pakai buang tiruan bernilai hampir RM18,000 dirampas oleh pihak KPDNKK Cawangan Sungai Petani. 

Rampasan tersebut dibuat dalam satu operasi di Kawasan Perindustrian Bakar Arang, Sungai Petani. Pihak kilang lampin pakai buang itu dipercayai telah menjalankan aktiviti pengeluaran barangan tiruan sejak dua tahun yang lalu. 

Rata-rata netizen terutamanya ibu bapa yang mempunyai anak kecil telah menimbulkan kemarahan kerana segelintir pihak yang hanya memikirkan keuntungan semata tanpa menghiraukan kesihatan dan keselamatan bayi. 


Netizen juga menganggap anak kecil tidak mampu menyatakan rasa tidak selesa sewaktu menggunakan produk tiruan. 

"Budak kecil tak boleh complain macam orang dewasa, jadi sebagai ibu bapa kena alert dan hati-hati ketika beli barangan bayi."

Sementara itu, KPDNKK Kelantan turut merampas hampir 200,000 lampin pakai buang tiruan bernilai RM70,000 di  tiga lokasi berbeza di Rantau Panjang, Wakaf Bharu dan Tumpat. 

Serbuan dilakukan setelah menerima aduan dan laporan dari pemilik jenama POPO produknya telah ditiru dan dijual di pasaran Kelantan dan negara jiran. 

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post