Rabu, 20 Desember 2017


Bapa kepada murid 11 tahun yang terbabit dalam kes Cikgu Azizan, dilaporkan tidak munculkan diri untuk memberikan kenyataan media hari ini. 

Harian Metro melaporkan lelaki tersebut sudah berjanji mahu menjelaskan keadaan sebenar, namun tidak mengotakan janji. 

Katanya dia akan mengadakan sidang media di hadapan Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai pada jam 10 pagi. Namun, batang hidungnya pun tidak kelihatan.


Ini menyebabkan pihak media termasuklah wartawan dan jurugambar terpaksa pulang hampa selepas menunggu sehingga jam 2 petang. 

Difahamkan panggilan yang dibuat tidak dijawab sebelum talian dimatikan. Begitu juga dengan kiriman mesej di Whatsapp turut tidak dibalas. 

Semalam, Mahkamah Majistret Seremban membebaskan tanpa melepaskan Cikgu Azizan atua nama sebenar, Azizan Manap, 44, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Taman Semarak, dari pertuduhan mencederakan muridnya dalam kejadian April lalu. 

Keputusan itu dibuat selepas pihak pendakwaan menerima arahan dari Jabatan Peguam Negara untuk menarik balik pertuduhan berkenaan.

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post