Rabu, 20 Desember 2017


Masalah ekonomi yang dialami segelintir masyarakat menyebabkan ramai diantara mereka terjerumus untuk berhutang. 

Malah apa yang lebih membimbangkan ialah ramai di antara mereka terjebak sehingga membuat pinjaman dengan ah long. 

Memetik laporan Berita Harian, seorang pemuda yang gagal menjelaskan hutang ah long bertindak di luar jangkaan selepas gagal menjelaskan hutang-hutangnya. 

Tertekan akibat diburu ah long, pemuda tersebut telah membunuuh pengutip hutang tersebut. Kejadian yang berlaku di Sungai Petani, Kedah berlaku apabila Muhammad Amirul Khairol Nizam, 19, telah menikam mangsa sampai mati antara jam 2.30 hingga 3.30 petang. 


Amirul bekerja sebagai penjual ikan telah berhutang dengan seorang ah long, Liu Chee Wei, 25, sebanyak RM2,000 dan gagal menjelaskan hutang sebanyak RM26 sehari. 

Ketika kejadian, mangsa dan suspek sedang berbincang mengenai masalah pembayaran hutang tersebut sehingga mereka berdua tiba-tiba bergelut dan suspek menikam mangsa di dada. 

Mayat Liu ditemui dengan kesan tikaman di lorong belakang kawasan perumahan Taman Arked. Kenderaan mangsa turut ditemui di belakang semak beberapa kilometer dari tempat kejadian.

Namun, suspek kemudian menyerah diri dua hari selepas kejadian setelah sedar akan kesalahannya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik. 

Amirul kini berhadapan dengan dakwaan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post