Rasanya belum lambat lagi untuk mengucapkan tahniah kepada Mawar Rashid dan suaminya Raff Yaakob yang baru sahaja berkahwin.
Namun, tindakan Mawar menari di hadapan tetamu dan suaminya pada majlis resepsi pasangan itu dikecam netizen.
Video Mawar menari itu menjadi viral di media sosial di muat naik oleh Uqasha Senrose menerusi akaun Instagramnya telah mengundang pelbagai reaksi netizen.
Kesal dengan kecaman tersebut, Mawar menerusi laporan Mstar Online merasakan tindakan tersebut adalah tidak salah dan merasakan tidak semua pihak boleh menerima aksi yang dilakukannya itu.
Mawar menegaskan dia hanya mahu meraikan hari paling bahagianya itu bersama suaminya.
"Bukan semua yang kita lakukan orang dapat terima, itu perkara biasa. Saya percaya apa saya lakukan dan tidak pernah memaksa sesiapa pun untuk menyokongnya.
"Tambahan pula tidak salah saya nak menari pada majlis perkahwinan saya dan suami, lagipun malam itu kami ingin meraikan hari bahagia dan mahu semua orang gembira.
Dia menambah jika netizen mengikuti perkembangannya dia memang seorang yang gemar menari. Tambahnya lagi dia mengidamkan untuk menari di majlis persandingan sendiri.
Sementara itu, Raf pula menyifatkan perkara itu tidak perlu dibesarkan kerana tarian isterinya itu tidak melampaui batas.
"Itu hanya tarian biasa saja dan tak ada pun gerakan berbaur seksual. Segala komen negatif netizen tidak memberi kesan kepada kehidupan kami" katanya lagi.
Semoga Raf dan Mawar sabar menghadapi kerenah netizen yang sememangnya suka mencari kesalahan terutamanya selebriti tempatan.
This post have 0 Comments
EmoticonEmoticon