“Lepas ‘potong’ kena masuk Islam ke?”
Itulah yang ditanyakan oleh Brian Wong, 7 ketika didaftarkan oleh ibu saudaranya, Aly Wong sebagai peserta acara khatan beramai-ramai.
Memetik laporan Harian Metro, Brian bertanya pelbagai lagi soalan sehingga ibu saudaranya terpaksa menerangkan satu persatu kepada kanak-kanak itu sehingga benar-benar faham.
“Soalan pertama ditanya Brian sudah tentulah sakit atau tidak. Selain itu, dia mahu tahu bagaimana proses bersunat itu dilakukan serta apakah peralatan yang digunakan?
“Semua soalan itu saya jawab dengan jujur, malah menunjukkan kepadanya proses bersunat yang dimuat naik di YouTube. Memang pada awalnya dia tidak mahu kerana takut.
“Saya mengambil masa beberapa hari untuk memujuknya dengan memberi penerangan terperinci mengenai kaedah serta faedah bersunat,” katanya.
Dalam program Jom Berkhatan anjuran Masjid Al Imam Al Ghazali,Kepong itu Brian menjadi satu-satunya kanak-kanak bukan Islam yang menyertainya.
This post have 0 Comments
EmoticonEmoticon