Rabu, 06 Desember 2017


Sudahlah lapar, bila makanan sampai ada tahi pula dalam makanan itu!

Itulah nasib malang yang menimpa seorang wanita yang telah memesan sizzling untuk anaknya di sebuah pasara raya di Lukut, N.Sembilan.

Berdasarkan rakaman yang dimuat naik oleh wanita itu laman sosial Facebook, dapat dilihat cecair yang didakwa najis terkeluar daripada organ dalaman ayam tersebut apabila dipicit.


Menurut wanita itu lagi, dia bernasib baik kerana anaknya tidak sempat menjamah makan tersebut. Dia juga turut meluahkan rasa kesal terhadap peniaga tersebut yang tidak mementingkan kebersihan.

Video itu turut mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Ada yang bersimpati dan mengecam peniaga tersebut, namun ada pula yang hentam wanita itu kerana tidak dapat bezakan pedal dan tongkeng ayam. 



Jadi hati-hatilah bila nak makan di luar tu ya, takut anda pula yang terkena. Tolong periksa betul-betul takut ada yang termakan tahi pula.

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post