Rabu, 06 Desember 2017


Tanggal 5 Disember merupakan tarikh di mana pemergian seorang putera yang disayangi ramai. Genaplah dua tahun kemangkatan Yang Amat Mulia Tunku Laksamana Johor Almarhum Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim Ismail.

Sempena ulang tahun kemangkatan Almarhum, Keluarga Diraja Johor telah memuat naik video kompilasi gambar kenangan seluruh ahli keluarga kerabat Diraja Johor dan pelbagai aktiviti yang dilakukan Almarhum sepanjang hayatnya. 

Bukan kaum kerabat Diraja Johor yang berkongsi, malah penyanyi Shila Amzah juga turut meluahkan rasa sedih di Instastory dengan memuat naik ayat-ayat bahawa mereka pernah bercinta sebelum ini. 


Menerusi perbualan yang dikongsikan, Shila seperti mempunyai hubungan istimewa dengan Almarhum dan turut berkongsi kenangan manis dan pahit bersama Almarhum. 

Shila turut meluahkan dia pernah menangis berhari-hari selepas berita kemangkatan Almarhum sehingga cuba untuk menelefon Almarhum sehingga 30 kali.


Dia turut berkongsi rakaman paparan perbualan di Whatsapp bersama Almarhum. Shila juga mengakui dia amat merindui Almarhum sehinggalah hari ini. 

Namun, perkongsian sedih Shila membuatkan ramai netizen tidak senang duduk. Ada netizen menuduh sebagai attention seeker dan mahu membuatkan tunangnya  cemburu. 

Apa pun, Shila Amzah hanya mahu berkongsi kenangan bersama Almarhum dan mungkin tidak berniat mahu menyakitkan hati sesiapa. 

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post