Rabu, 06 Desember 2017


Sejak semalam kecoh di media sosial apabila video Dira  Abu Zahar menyelar tindakan pelakon Fathia Latiff yang sejak kebelakangan ini sering menyuarakan pendapatnya mengenai hal-hal semasa menerusi akaun Twitternya. 

Menerusi ucapan Dira ketika di Perhimpunan Agung Umno itu, Dira menyeru Fathia untuk turun padang untuk mengetahui masalah rakyat dan bukannya bermain telefon. 

Namun, kenyataan Dira itu mendapat respon dari Fathia sendiri. Mengulas kenyataan Dira itu, dia tetap dengan pendiriannya sebelum ini. Malah Fathia menganggap itu adalah hak individu sendiri.

"Kenapa hendak percaya kepada dakyah-dakyah ringan seperti Fathia Latiff. Tidak perlu. Dia bukan tahu apa pun."

"Kalau betul hendak cerita pasal rakyat turun padang. Setakat pegang telefon bimbit dan tekan-tekan dia boleh duduk diam-diam. Betulkan hidup dia dulu, betulkan lakonan dia dulu." kata Dira lagi.

Rata-rata netizen ada yang bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Dira namun Fathia tetap tenang membalas kembali kritikan yang dilempar ke atas dirinya. 


"Dia ada hak untuk bercakap apa dia mahu, begitu juga saya. Apa yang pasti, saya tetap dengan kata-kata saya tanpa ada rasa takut atau pertolongan dari orang lain."

Sekarang ini ramai juga artis menyuarakan pendapat mereka mengenai isu-isu semasa. Bagus juga mereka prihatin terhadap masalah rakyat tapi janganlah sampai bergaduh pula ye kerana masing-masing mempunyai pendapat dan hak mereka sendiri. 

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post