Senin, 18 Desember 2017


Kes Cikgu Azizan yang menjadi viral di media sosial dan bualan rakyat baru-baru hari ini telahpun berakhir. 

Memetik laporan Harian Metro, Mahkamah Majistret Seremban hari ini melepaskan dan membebaskan Azizan Manap daripada pertuduhan mencederakan muridnya pada Oktober lalu. 

Waris kepada murid berkenaan dilaporkan telah menarik balik kes tersebut dan tidak hadir ke mahkamah seperti yang dijadualkan. 

"InshaAllah saya akan bekerja seperti biasa. InshaAllah untuk anak-anak murid. Dan saya takkan berdendam apa-apa, profesional, saya akan bekerja macam biasa, semua anak murid adalah anak saya. 


"Saya bersyukur sangat, Allah saja yang tahu. Dari lubuk hati saya menghargai dan berterima kasih seluruh rakyat Malaysia, khasnya kepada guru, NUTP, maaf kalau ada yang tak dapat saya sebut sebab mungkin saya terlupa pada waktu ini. Tapi saya berterima kasih kepada semua yang hadir. 

"Yang dirumah, yang doakan saya dari jauh, sampai ke Mekah pun ada yang mendoakan saya. Saya hargai semua sokongan yang sahabat, saya anggap kalian semua adalah sahabat saya, saudara saya. InshaAllah dan semoga Allah merahmati kita semua. 

"Saya maafkan anak murid saya dan keluarganya. Saya doakan anak murid saya menjadi anak yang baik dan manusia yang berguna," katanya. 

Sebelum ini Cikgu Azizan didakwa selepas mencederakan anak muridnya dan berdepan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan. 

Tindakan Cikgu Azizan itu selepas muridnya menghidu gam serta mempengaruhi kawan-kawannya untuk terjebak dalam aktiviti tidak sihat.

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post