Senin, 18 Desember 2017

Yuna bukanlah satu nama asing di negara kita malah, pencapaiannya diperingkat antarabangsa turut membuatkan dirinya terkenal di seluruh dunia. Siapa sangka karya seninya berjaya menembusi pasaran di Amerika Syarikat  apabila album Yuna berjudul Chapters telah berjaya terpilih dalam senarai 10 album R&B terbaik Billboard pada tahun 2016.

Walaupun banyak kejayaan yang telah Yuna kecapi, penyanyi yang berpengkalan di Los Angeles itu masih tidak meninggi diri dan berada di kelasnya yang tersendiri. Terbaru, Yuna menerusi Instagramnya berkongsi detik dia melawat sebuah keluarga Malaysia yang sedang bercuti di Los Angeles tetapi ditimpa kesusahan. Difahamkan, salah seorang ahli keluarga mereka telah jatuh sakit dan dikejarkan ke hospital.


Yuna memberi tahu bahawa dia mengetahui insiden tersebut selepas seorang peminatnya telah menghantar mesej peribadi (DM) di Instagram mengharapkan Yuna dapat membantu keluarga tersebut. Difahamkan individu tersebut merupakan rakan kepada salah seorang ahli keluarga yang ditimpa musibah itu.

Yuna juga berharap perkhidmatan kereta dalam talian, terutamanya Uber Malaysia dapat membantu keluarga ini untuk berulang alik dari tempat penginapan mereka ke hospital. Ini kerana kos yang perlu ditanggung bukan murah jika dibandingkan dengan mata wang Malaysia.

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post