Senin, 11 Desember 2017


Sejak kebelakangan ini banyak kes jenayah makin berleluasa. Jika anda cuai dan leka ianya akan menambah bahaya apabila penjenayah sentiasa memerhati anda dan akan mengambil kesempatan di saat anda terleka walaupun seketika. 

Apa yang terjadi kepada seorang ibu dan dua anaknya yang hampir diculik ini sepatutnya menjadi iktibar kepada semua ibu bapa.

Mangsa Shazzy Wanie berkongsi pengalaman buruknya itu di laman sosial media Facebooknya sehingga menjadi bualan netizen.

"Petang tadi kat Bandar Puchong Jaya dalam jam tiga lebih dekat kawasan kedai-kedai, suami masuk parking dan turun sekejap ke kedai printing. Nak print beberapa dokumen yang baru teringat kena berikan pada client untuk next appointment petang tu". 

"Aku duduk dalam kereta dengan anak-anak. Melissa macam biasalah pantang berhenti kereta, dia cepat-cepat ambil peluang pindah ke seat driver dan main berangan bawa kereta. Aku dan baby pulak kat seat belakang" ceritanya. 

Ketika Shazzy sedang leka menyuap anak kecilnya makan, dia perasan sebuah kereta hitam berhenti di belakang kereta mereka. Kemudian seorang lelaki dengan memakai topi keluar dari pintu sebelah pemandu. 

"Waktu lelaki tu keluar daripada kereta hati dah ada rasa tak kena. Susah nak explain tapi rasa macam kena berjaga-jaga." 

"Jadi aku yang tengah suap baby makan ni terus perhatikan pintu kereta dan perasan pintu dah kunci". 


Shazzy kemudian kembali melihat lelaki tadi dan sangkaannya tepat apabila lelaki itu datang ke arah kereta mereka dan cuba membuka pintu bahagian penumpang. 

Mangsa kelam kabut dan cemas melihat anaknya di tempat  duduk pemandu. Shazzy amat terkejut apabila terperasan bahawa pintu kereta rupanya tidak dikunci. 

"Waktu tu rasa nak tercabut jantung bila perasan pintu  tak lock sebenarnya. Spontan aku jerit 'Kakak!' sambil menonggeng daripada seat belakang ke seat depan untuk tekan lock tu"

Lelaki itu kemudian menjauhkan diri dari pintu kereta setelah mendengar jeritan si ibu. Bayi Shazzy pula menangis serta merta. Manakala Shazzy pula dalam keadaan menggigil mengangkat bayinya sambil menoleh ke arah belakang melihat kenderaan tadi berlalu dari kawasan tersebut. 

Walaubagaimanapun dia tidak membuat laporan polis kerana tidak tahu butir-butir penting mengenai jenayah. Semuanya berlaku dengan pantas dan dia tidak sempat melakukan apa-apa. 

"Sampai sekarang terfikir, apa niat dia sebenarnya? Kenapa nak buka pintu belakang? Kenapa bukan pintu pemandu? Kalau terbuka tadi dia nak bawa lari bayi mommy ke? Apa nak buat kalau itu yang terjadi? Haish macam-macamlah" luah Shazzy lagi. 

Shazzy juga sempat memberi nasihat kepada ibu bapa agar tidak terleka walaupun untuk seketika kerana perkara ini boleh berlaku sekelip mata. Dan yang paling penting jangan lupa kunci pintu kereta!

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post