Senin, 11 Desember 2017


Isu wanita yang mendakwa hamil selepas melakukan hubungan terlarang dengan seorang pelakon popular selesai apabila individu itu sudah melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA). 

Wanita berusia awal 20an itu berkata, dia juga sudah mengenal pasti lelaki yang bertanggungjawab terhadap bayi berkenaan.Keputusan itu juga sekali gus menepis tuduhan yang dibuat awal bulan lalu sehingga mengaitkan beberapa artis lelaki.

"Saya sudah membuat ujian DNA dan ternyata anak itu bukan hubungan dengan mana-mana artis dan saya minta maaf jika ada yang menjadi mangsa fitnah selepas kenyataan saya tempoh hari.

"Saya harap dengan kenyataan saya ini dapat menjernihkan nama mana-mana artis yang terkait," ujarnya kepada mStar Online

"Saya akui kesilapan saya dalam membuat tuduhan melulu dan menyebabkan beberapa artis terkena tempias.
Wanita berkenaan juga tidak mahu perkara itu dibesarkan lagi berikutan dia juga bakal berkahwin dan memulakan hidup baharu dengan seorang lelaki

"Saya juga bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki yang sanggup menerima saya seadanya," ujar wanita itu

Terdahulu, pada pada awal November lalu, wanita berkenaan mendedahkan hamil selepas bertemu semula dengan kekasih lamannya yang juga seorang aktor menerusi aplikasi Bego.

Sumber : Mstar Online

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post