Rabu, 20 Desember 2017


Kisah Cikgu Azizan sebenarnya telah membuka mata ramai pihak. Ada yang menyokong tetapi ada juga yang menentang secara diam kerana tindakan cikgu tersebut yang menghukum sehingga mencederakan anak muridnya. 

Pelbagai reaksi dari netizen namun teguran dari seorang penjawat awam yang telah bersara ini telah menarik perhatian orang ramai. 

Pesara tersebut Mohamad Asri A.Bakar berkata pembebasan Cikgu Azizan bukanlah satu kemenangan tetapi ianya adalah satu 'amaran' keras kepada golongan pendidik supaya berpada-pada dengan tindakan mereka. 

"Di mahkamah, bekas tentera itu tarik balik saman terhadap Cikgu Azizan. Ia bukan kemenangan pun kepada Cikgu Azizan. Tetapi ia lebih merupakan amaran keras kepada semua guru, jangan nak buat kerja berlebihan. 


"Ada murid nakal dan jahat, cikgu buat laporan bagi kepada Guru Besar, salinan BPD. Buat satu salinan dan simpan dalam fail. Kemudian lantak dia. 

"Bila masuk ke kelas, tanya budak itu, nak belajar atau tidak? Kalau tak nak, keluar dan duduk di kantin. Nescaya (akan) selamat berpencen sebagai Guru Pakar, Guru Besar, Pegawai BPD. Tak payah nak acah-acah tegas sebagai guru disiplin. 

"Kalau semua budak-budak jadi baik, siapa pula nak togok air ketum, industri orang Melayu? Siapa pula nak mentekedarah dadah bertan-tan itu? 

"Anak aku 11 tahun, pernah balik cakap kat mak dia, dia kena sepak dengan cikgu. Aku suruh dia tunjuk macam mana cikgu sepak. Selepas dia buat demo, aku cakap,

"Itu bukan sepak, tu tampor manja. Nak rasa sepak, meh abah tunjuk"

"Elok aja 7A anak aku tu. Tapi aku polis pencen la." 

Sebenarnya apa yang mahu dikatakan oleh pesara ini ialah dalam bentuk menyindir segelintir ibu bapa yang terlalu memanjakan anak mereka.

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post