Selasa, 19 Desember 2017


Menurut dari sumber beritahu yang Janna Nick bakal mengacarakan program Melodi tahun hadapan untuk menggantikan Awal Ashaari.Malahan 'mereka' memberitahu dengan keletah Janna yang ceria dan bingit pasti akan memeriahkan lagi program tersebut.

Semuanya timbul selepas tersebarnya berita Mira Filza bakal mengacarakan program Nona.Lebih menguatkan spekulasi apabila isu ini menjadi topik hangat dibincangkan di laman forum Cari.

Namun,ramai juga melahirkan kebimbangan mereka kerana Janna serig terpalit dengan pelbagai kontroversi.Melalui perhatian kami,dapati ramai yang kurang senang dengan berita ini dan menganggap Janna terlalu 'bingit' untuk menjadi pengacara Melodi.












Selain Jannah,beberapa nama selebriti lain juga turut dipetik dalam perbincangan antara pengguna forum.Antaranya seperti Sherry Al Hada,Kiah Propa,Sarimah Ibrahim dan Kak Ogy selaku bekas pengacara Melodi suatu masa dahulu.

Walaubagaimanapun,sehingga kini baik dari pihak Melodi mahupun Janna Nick masih belum ada apa-apa pengesahan tentang perkara ini.Jika benarlah spekulasi yang kami dengar ini,rasa rancangan ini pasti akan lebih seronok dan meriah.




This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post