Selasa, 12 Desember 2017



Deman Lofattah mungkin sudah berakhir selepas Fattah Amin dengan sah menjadikan Fazura sebagai isterinya. Namun rupa-rupanya mungkin masing-masing masih belum 'move on' di antara Fattah Amin dan Neelofa. 

Sebelum ini, Fattah Amin dikatakan mengelak mengambil penerbangan yang sama dengan Neelofa ketika bercuti di Koh Samui, Thailand sedikit masa yang lalu. 

Namun, semalam insiden yang sama juga berulang lagi. Fattah Amin dikatakan enggan muncul di rancangan Meletop yang dikendalikan oleh Neelofa. 

Menerusi satu status yang dimuat naik oleh pengdali program berkenaan, Fattah menarik diri di saat akhir kerana ada hal yang tidak dapat dielakkan. 


Fattah dijangka hadir ke set Meletop untuk mempromosi drama My Coffee Prrince namun tindak drastik pelakon itu membuatkan netizen mengecam Fattah. 

Memetik laporan Mstar Online, Fattah sudahpun muncul di belakang pentas dan bersiap sedia untuk memakai mikrofon tetapi terpaksa bergegas pulang kerana ada hal kecemasan. 


Namun, reaksi pengurus Neelofa memberi bayangan sebab sebenar kehilangan Fattah Amin. Antara lain Shawn menyebut ada pihak yang muncul dan terus pulang serta tidak memberi laluan kepada hos untuk terus mengacarakan program itu. Instastory berkenaan kemudiannya dipadamkan Shawn tidak lama kemudian.

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post