Selasa, 12 Desember 2017


Seorang lelaki ditahan kerana disyaki mencederakan isteri dan dua anak mereka dengan pisau pemotong sayur selepas berlaku pertengkaran di antara mereka.

BH Online melaporkan, kejadian berlaku di sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Tehel, Melaka, kira-kira jam 3 pagi kelmarin.

Difahamkan, suspek, 33, seorang penagih dadah bertengkar dengan isterinya selepas ditegur tidak bekerja.


Berang dimarahi, suspek mencapai pisau pemotong sayur di dapur, lalu melibas ke arah mangsa, 26, yang sedang mendukung anak lelaki mereka.

Mangsa menerima 17 jahitan di lutut, jari dan kepala akibat cedera dilibas dengan pisau itu. Sementara itu, anak mereka yang berusia setahun menerima 13 jahitan di kepala dan tengkuk, manakala seorang lagi anak lelaki berusia lima tahun cedera di perut.

Selepas kejadian, suspek menelefon ibu mentuanya untuk datang ke rumah dan membawa mangsa ke Hospital Melaka, kata Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Arshad Abu.


Tambahnya, bayi berusia setahun itu ditahan di Hospital Melaka kerana cedera di kepala. Dia kini dilaporkan stabil.

"Polis kini sedang mengesan senjata yang digunakan suspek. Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Jasin hari ini bagi mendapatkan perintah reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan," katanya.

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post