Jumat, 29 Desember 2017


Aku perkenalkan diri aku, seorang pelajar dan aku mempunyai 3 adik beradik. Seorang abang dan adik lelaki dan aku anak perempuan yang kedua. Anak manja ayah dan bukan anak kegemaran ibu sudah pastinya. Aku menulis confession ini hanya untuk meminta pendapat dan pandangan. Jika aku dikecam sekalipun aku tidak kisah kerana tidak semua orang faham situasi kita apa lagi perasaan kita.

Aku merupakan anak kesayangan ayah. Kebanyakan keinginan aku, aku lebih suka meminta kepada ayah daripada ibu kerana ayah lebih mudah tunaikan daripada ibu. Tapi sudah pasti setiap kali apa yang ayah bagi kepada aku ibu akan berkira dan akan mengungkitnya walaupun dari ayah. 

Tetapi bila abang dan adik aku meminta pada ayah, ibu aku tidak kisah berapa pun jumlahnya. Aku tidak iri hati mahupun cemburu kerana ayah menjalankan tanggungjawabnya sebagai ayah. Ayah cuba untuk berlaku adil antara kami adik beradik. Jarang sekali aku meminta pada ibu kerana susah untuk aku dapat.

Abang aku sudah bekerja. Umurnya sudah layak untuk dia berkahwin tetapi dia tidak pernah menyimpan kerana terlalu gemar dengan permainan judi online. Apabila memperoleh gaji yang hanya bertahan sepuluh hari sahaja kerana banyak dihabiskan kepada perkara yang sia-sia. 

Selepas gajinya habis, sudah pasti ibu akan memberinya duit setiap hari dan duit rokoknya. Kadang-kadang ibu merungut tapi hanyak sebentar sahaja. Ayah pula sudah tiada ayat untuk memarahinya. Aku hanya mampu lihat sahaja kerana abang anak emas ibu. Abang aku tidak pernah solat. Solat jumaat pun kadang pergi kadang tidak sebab dia bekerja.

Adik sekarang sedang menuntut di kolej awam. Duit motornya bulan-bulan ibu juga yang bayar. Dulu abang pun sama. Hampir separuh dari motornya ibu yang bayar walaupun dia bekerja. 

Kedua-dua motor ini atas nama aku atas sebab adik yang belum cukup umur ketika membeli motor itu. Ibu tidak kisah berhabis duit untuk anak lelakinya. Aku faham dengan situasi adik kerana ibu yang ingin dia menyambung pelajarannya.


Aku mempunyai motor sendiri. Ada orang bagi. Jika ibu hendak beli barang atau keperluan motor itu yang aku gunakan. Abang dan adik aku boleh dikira jika ibu meminta pertolongan untuk membeli barang. Kesudahnnya aku juga yang mebawanya. Apabila rosak ibu memarahi aku. 

Ayah yang betulkan motor itu dan ibu mengungkitnya sehingga aku rasa aku patut bayar balik duit ayah aku walaupun ayah aku tidak kisah. Selama ini motor abang kalau rosak, jika ayah yang betulkan dia tidak pernah mengungkit atau pun mengira jumlah duit yang ayah aku keluarkan untuk abang aku.

Sifat ibu yang memilih kasih buat aku rasa sakit sampai satu tahap nak lari dari rumah. Dari kecil sehingga aku besar aku memendam rasa sakit ini. Aku tahu sepatutnya aku bersyukur mempunyai ibu sedangkan berapa ramai diluar sana yang sudah kehilangan ibu. 

Sebaliknya aku rasa aku bimbang jika aku menjadi anak derhaka kerana sikap ibu. Rasa marah dekat ibu kadang-kadang ayah menjadi tempat untuk aku lepaskan kemarahan. Aku tidak dapat bayangkan hidup aku tanpa ayah.

Kepada ibu ayah di luar sana, cubalah berlaku adil. Kebanyakan anak perempuan memang rapat dengan ayah dan anak lelaki rapat dengan ibu. Tapi itu bukan tiket untuk ibu bapa membeza-bezakan kasih sayangnya. Semua anak mempunyai kelebihan dan kekurangannya. didiklah dan belailah dengan sepenuh hati. berikan didikan agam yang secukupnya. 

Aku dapat rasakan betapa kuat mental aku didera. Aku menahan emosi aku dari bertindak kasar dengan ibu kerana aku tahu apa hukum derhaka dengan ibu bapa. Aku cuba menjadi yang terbaik tetapi aku gagal. Ibu maafkan aku. Aku bukan anak yang baik.

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post