Kamis, 14 Desember 2017


Baru-baru ini negara digemparkan dengan rampasan susu tiruan oleh KPDNKK di Johor susulan seorang ibu yang berkongsi kisah anaknya muntah-muntah dan badan naik merah selepas meminum susu tiruan. 

Terbaru, seorang lagi ibu kali ini dari Bukit Mertajam pula berkongsi di laman Facebook kesan dari terminum susu tiruan yang viral di media sosial baru-baru ini. 

Apa yang mengejutkan ialah kesan kepada anak wanita itu apabila dia mendapati najis anaknya berdarah! 

"Pada malam kejadian, saya sedang lap bahagian belakang anak saya sambil menukar lampin. Waktu itu saya nampak najis anak saya penuh darah!"

"Suhu badannya juga naik ke 39.4 darjah Celsius dan saya suapkan ubat demam."


Wanita itu sangat terkejut atas apa yang berlaku pada anaknya. Malah ini adalah anak pertama wanita berkenaan. Pada 10 Disember lalu, bayinya itu telah dimasukkan ke hospital kerana masalah keradangan usus. 

"Doktor khuatir jika geseran antara usus mungkin menjadi penyebab najis anaknya berdarah, jadi kemungkinan perlu menjalani pembedahan." kata wanita itu lagi. 

Setelah menjalani ujian X-ray dan ultrasound, bayi berkenaan bernasib baik kerana tidak perlu menjalani sebarang pembedahan. 

"Keesokan harinya, doktor tanya jika anak saya ada minum susu Enfalac. Saya jawab ya memang anak saya minum susu Enfalac. Doktor memandang saya dengan muka terkejut dan bertanya jika saya tahu tentang penjualan susu tiruan yang wujud di pasaran. Saya jawab ya"

Doktor tersebut kemudian memberikan antibiotik kepada bayi lelaki tersebut dan semenjak itu wanita itu telah menukarkan susu anaknya kepada sus yang lain dan difahamkan bayi tersebut semakin pilih. 

Menurut wanita tersebut, dia tidak berniat untuk menyalahkan mana-mana pihak kerana dia sendiri tidak dapat menentukan sama ada susu yang dibeli adalah tiruan ataupun tidak.

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post